Thursday, 30 August 2012

Himpunan Doa







TIGA BELAS AURAT WANITA YANG PATUT DIJAGA



Antara 13 batas aurat seseorang wanita  yang patut digaga adalah:- 


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti -

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 
.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Coretan buat insan bergelar suami






Wahai yg bernama suami, dengarlah.. coretan ini buat awak !
Jika isteri menangis dihadapanmu…
hargailah dia sebelum terlewat..
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu..
Dia akan menurunkan rasa EGOnya...
Wahai suami2...
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, peganglah tangannya dengan penuh pengertian.. betapa dia amat memerlukanmu saat itu..
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam...
Wahai suami2..
jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin..kerana keputusanmu, kau bakal merosakkan kehidupannya!
Saat dia menangis dihadapanmu, saat dia menangis keranamu... Lihatlah jauh kedalam matanya yang sedang berkaca itu.. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit yang ditanggungnya kerana perbuatanmu..?

Apakah keistimewaan perempuan ini ?
Di sebalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
Tutur katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU dan MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN...

TAPI dia sering dilupakan oleh seorang yang paling hampir dengannya, yang sering di depan matanya, yang apabila orang itu sedang berduka dengan masalah yang melanda, dialah yang di sampingnya menjadi peneman melahirkan tawa menenggelamkan duka..
itulah seorang yang bernama SUAMI !!
sedarkah kamu wahai para suami....????
Bahawa.. betapa BERHARGAnya dia...
Dia isterimu..kenali, fahami..dan hargailah dia...
Ya !! Dia isterimu..dunia dan akhirat..! dia yang satu...


“SeLaMaT MenYaMbuT HaRi KeMeRDeKaaN Ke 55”

KePada SeLuRuH RaKyaT MaLaYsiA SeMoGa DeNgaN IziN ALLAH SWT NeGaRa kiTa AkaN MeNjaDi LeBiH MaJu, BeRjaYa, AmaN MaKmuR SeNtOsa DaN BeRsaTu PaDu DiaNtaRa BeRbiLanG KaUm aGaR seGaLa CiTa-CiTa KeAraH CaRa hiDuP YaNG LeBiH ProDuKtiF SeiRing DeNgan KeiManan YanG KuaT DaN TeGuh.

SaMa-SaMaLah KiTa MenDoaKaN KeAtaS PaRa PeJuanG DaN PeMbeLa BanGsA YanG teLah BeRsuSaH PaYaH, MeNcuRaH KeRinGaT, HaRTa DaN MenGgaDai NyaWa deMi MeMaStiKaN HiDuP KiTa HaRi iNi BeBaS daN MeRdeKa, aGaR MeReKa SeMuA DiKuRniAkaN DeNgaN SeBaiK-BaiK BaLasaN OleH ALLAH SWT Di aKhiRaT KeLaK. AmiN....

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Monday, 27 August 2012

Rendang Ayam & Itik

Raya Rendang Ayam & Itik


 Nak citer raya tahun nie....Alhamdulillah tahun nie aku beraya di kampung ku Melaka. Seronok anak bila dapat balik kampung. Mana tak nya dapat merasa suasana nyaman, dapat bermain dengan sepupunya serta dapat memancing ikan di kolam. Aku pula tahun nie teringin nak makan rendang itik. Seminggu lagi nak raya aku dah call mak kat kampung untuk dapatkan apa yang aku nak. ternyata hasrat ku tercapai. Terima kasih mak...jasamu tetap ku kenang. Begitulah pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. Diharap kita pun begitunya. Mak aku dah order 2 ekor itik untuk dibuat rendang. Dapat juga aku melapah itik serta memasak rendang itik dengan bantuan isteri tercinta. Terima kasih..... Tahun nie 2 menu rendang ayam & itik ...tak sempat pagi raya, malam tu jer dah pekena. Nak buat camna...hidangan di depan mata, makan hingga menjilat jari le...lepas tu cirit-birit dibuatnya..hahahaha. raya tahun nie agak meriah tetapi secara sederhana sahaja. Yang meriah aku dapat menziarahi ramai sanak-saudara yang lama tidak berjumpa. Kemaafan dipohon tanda keinsafan serta mengeratkan silaturahim diantara satu sama yang lain. Selain tu dapat juga aku berjumpa adik bongsu (Ajep) yang masih dalam latihan polis di Kem Port Dickson. Semoga beliau menjalankan kewajipan demi negara. Alhamdulillah tahun nie semua berjalan dengan baik. Semoga kalian begitu juga. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari Teratak Zamida.

Tuesday, 14 August 2012

Ucapan Hari Raya dari Teratak Zamida


Assalammualaikum semua, dah hampir penghujung bulan Ramadhan, suasana kemeriahan untuk meraikan hari Raya makin hampir.Persiapan serta kelengkapan haruslah memadai ala kadar sahaja, janganlah kita melakukan pembaziran. Dikesempatan ini Teratak Zamida ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Berwaspada ketika memandu dan tanamkan sikap bertolak ansur serta sabar di jalan raya. Semoga selamat sampai serta pulang ke mana jua distinasi yang dituju.

Wednesday, 1 August 2012

Amalan Memurahkan Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN

Assalammualaikum semua,


    31 Julai hari bersejarah, ia merupakan hari untuk kita mengenang jasa kepada wira-wira negara yang gugur dalam mempertahankan tanah air dan juga kepada insan-insan yang menakbur bakti siang serta malam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terjamin.

Gambar pelapis benteng pertahanan AW515 siri 2000

    Kepada semua wira-wira negara ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN ’-jasa dan pengorbanan mu tiada ternilai.

Selamat Berpuasa

Assalammualaikum semua pembaca,

    Alhamdulillah sudah masuk hari ke 12 kita menjalankan ibadah puasa. Kami sekeluarga ingin ambil kesempatan disini mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan penuh rasa kesyukuran kerana berpeluang untuk bertemu serta mengerjakan ibadah dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini ... semoga di bulan yang mulia ini kita semua dapat memanfaatkan keberkatan dan kemuliaannya untuk kebaikan diri sendiri dan seluruh umat islam ...
   Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini kepada semua rakan taulan, sanak saudara serta semua pembaca blog ini. Perbanyakkan amalan dan muhasabah diri di bulan ramadhan ini .. semoga kita mendapat keredhaan dan ketaqwaan ..


Sempena menyambut Ramadhan ini, sama-samalah kita membersihkan diri kita daripada dosa agar Ramadhan kali ini menjadi suatu titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Sama-samalah kita berdoa:

Bismillah...

Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa anak-anak kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.

Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,
Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,
Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,

Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,
Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.

Amin...

KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN

KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN
Allah Azza Wa Jalla berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu puasa (Ramadhan) sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu.." (QS AL-Baqarah: 183)

Dari Sa'id bin Jubair ra, "Puasa orang sebelum kita adalah dari waktu Isyak sampai menjelang malam berikut sebagaimana dalam permulaan Islam"

Segolongan ulama mengatakan, "Puasa itu wajib bagi orang-orang Nasara, meskipun waktu itu amat panas atau sangat dingin, di mana mereka kesulitan dalam perjalanannya atau sebahagian kehidupannya. Maka sepakatlah pendapat para pembesar mereka untuk menjadikan puasa itu diantara musim bunga serta menambah sepuluh hari lagi sebagai tebusan atas kelemahan mereka. Kemudian raja mereka buat janji apabila dapat terlepas dari wabak penyakitnya, akan menambah puasa sepuluh hari lagi. Setelah terbebas, mereka pun menambah sepuluh hari lagi. Kemudian diganti oleh Raja lain. Raja itu berkata "Sempurnakna saja puasa itu lima puluh hari." Ternyata ada lagi wabak penyakit menimpa haiwan, maka raja itu berkata, "Tambahai puasamu sepuluh hari lagi!" Bahkan dikatakan pula, "Sepuluh hari lagi sesudah itu!" Dikatakan "Setiap umat diwajibkan puasa di bulan Ramadhan, hanya saja mereka menyesatkannya."

Al-Bughawi mengatakan, "Yang benar adalah bahawa Ramadhan itu adalah nama sebuah batu yang dipanaskan. Kerana mereka berpuasa di waktu yang amat panas." Dan dikatakan juga,  "Kerana Ramadhan itu dapat membakar dosa."

Puasa Ramadhan itu diwajibkan pada tahun kedua setelah hijrah dan kafirlah orang menentang akan kewajipannya. Dalam soal ini banyak disebutkan dalam Hadis Nabi S.A.W. Anta lain, sabda baginda:
"Ketika malam pertama bulan Ramadhan, semua pintu yang ditutup. Dan Allah memerintahkan jurupanggil yang memanggil,  " Wahai pencari kebaikan, mengadaplah!. Wahai pencari kejahatan, hentikanlah!" Kemudian dia berkata. "Setiaap yang mohon ampun akan diampuni, setiap yang meminta akan akan dipenuhi permintaannya dan setiap yang bertaubat akan diterima taubatnya." Tak hentinya dia selalu mengatakan demikian sampai datang subuh setiap malam 'Idul Fitri', Allah membebaskan satu juga orang dari Neraka yang mestinya mendapat seksa."

Dari Salman Al-Farisi ra, dia berkata, "Rasulullah SAW berkata kepada kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda bersabda:
"Wahai sekalian manusia, akan datang kepadamu bulan yang di situ terdapat malam Al-Qadar yang lebih baik daripada seribu malam. Allah telah mewajibkan puasanya dan mensunnahkan ibadah malamnya. Siapa yang beribadah di malam Lailatul Qadar dengan satu macam dari kebaikan, sepertinya dia melakukan ibadah di bulan lainnya. Dan siapa melakukan ibadah wajib, ia seperti orang  yang melakukan tujuh puluh ibadah di bulan lainnya. Dia itu bulan sabar. Pahala sabar adalah syurga. Ia bulan di mana rezeki orang mukmin ditambah. Siapa memberi makan untuk berbuka puasa, ia mendapat (pahala) memerdekakan budak dan ampunan bagi dosanya." Kami bertanya,  "Wahai Rasullullah, tidak setiap kami menemukan sesuatu untuk berbuka."
Baginda bersabda: " Allah memberi pahala kepada orang yang memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa seteguk susu atau air atau sebiji kurma. Barangsiapa memberi makan hingga kenyang orang yang berpuasa, iaakan mendapatkan ampunan bagi dosanya dan Tuhan akan memberinya minum dari telagaku seteguk sehingga tak akan haus selamanya. Dan untuknya pahala seperti orang berpuasa tanpa kurang sedikit pun. Itulah bulan yang awalnya penuh rahmat, tengahnya penuh ampunan dan akhirnya pembebasan dari Neraka. Siapa yang memberatkan hambanya pada bulan itu, Allah akan memerdekakannya dari Neraka.
Perbanyakkan pada bulan itu melakukan empat hal; yang dua membuatmu diredhai Tuhan, yang dua lagi kamu akan mendapatkan sesuatu yang pasti kamu inginkan. Adapun dua membuatmu diredhai Tuhan dengan syahadat bahawa tak ada Tuhan selain Allah dan kamu memohon ampun kepadanya. Sedangkan dua yang menjamin kamu akan mendapatkan Syurga kepada Tuhanmu dan memohon perlindungan kepadanya dari api Neraka."

Dalam Hadis yang lain Nabi SAW bersabda:
"Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian"

Sabda Baginda lagi:
"Setiap amal manusia itu untuknya kecuali puasa adalah untuk-ku dan aku sendiri membalasnya."

Sabdanya lagi:
"Dibulan Ramadhan, umatku telah diberi lima hal yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya; bau  mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada keharuman misik, para Malaikat memohon ampun untuk mereka sampai mereka berbuka, juga pada bulan itu Syaitan diikat dan setiap hari Allah menghiasi Syurga dan berkata,  "Hamba-hambaku yang soleh dihindar dari keburukandan penyakit, "Serta Allah mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan."

Dikatakan, "Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?"
Rasulullah SAW menjawab: "Tidak, akan tetapi orang yang beramal akan diberi upahnya setelah selesai dia bekerja"

Dipetik dari: Terjemahan Kitab MUKASHAFAH AL QULUB - IMAM AL-GHAZALI