Rendang Ayam & Itik
Raya Rendang Ayam & Itik
Nak citer raya tahun nie....Alhamdulillah tahun nie aku beraya di kampung ku Melaka. Seronok anak bila dapat balik kampung. Mana tak nya dapat merasa suasana nyaman, dapat bermain dengan sepupunya serta dapat memancing ikan di kolam. Aku pula tahun nie teringin nak makan rendang itik. Seminggu lagi nak raya aku dah call mak kat kampung untuk dapatkan apa yang aku nak. ternyata hasrat ku tercapai. Terima kasih mak...jasamu tetap ku kenang. Begitulah pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. Diharap kita pun begitunya. Mak aku dah order 2 ekor itik untuk dibuat rendang. Dapat juga aku melapah itik serta memasak rendang itik dengan bantuan isteri tercinta. Terima kasih..... Tahun nie 2 menu rendang ayam & itik ...tak sempat pagi raya, malam tu jer dah pekena. Nak buat camna...hidangan di depan mata, makan hingga menjilat jari le...lepas tu cirit-birit dibuatnya..hahahaha. raya tahun nie agak meriah tetapi secara sederhana sahaja. Yang meriah aku dapat menziarahi ramai sanak-saudara yang lama tidak berjumpa. Kemaafan dipohon tanda keinsafan serta mengeratkan silaturahim diantara satu sama yang lain. Selain tu dapat juga aku berjumpa adik bongsu (Ajep) yang masih dalam latihan polis di Kem Port Dickson. Semoga beliau menjalankan kewajipan demi negara. Alhamdulillah tahun nie semua berjalan dengan baik. Semoga kalian begitu juga. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari Teratak Zamida.
No comments:
Post a Comment