Doa Menghindarkan Bebanan Hutang
Berhutang itu bukanlah amalan yang sihat untuk diteruskan jika kita tidak mempunyai sebarang rancangan yang konkrit untuk menyelesaikannya.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa
yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan
mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat
ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Hadith riwayat
Al-Bukhari, 2/83 )
Juga Baginda saw pernah bersabda yang bermaksud: “Ya
Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya :
Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ;
Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila
berjanji ia mengingkari.” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)
Bagaimana bebanan kewangan boleh diatasi?
Bagaimana bebanan kewangan boleh diatasi?
1. Elak berbelanja dengan perbelanjaan yang
melebihi pendapatan.
2. Hindari berhutang melainkan sekiranya
terpaksa.
3. Buat perancangan pembayaran sekiranya terpaksa
berhutang.
4. Libatkan saksi dalam proses peminjaman.
5. Pelajari dan berusaha dengan kaedah
mendapatkan pendapatan sampingan.
6. Hidup bersederhana dan jangan ikut masyarakat
sekeliling.
7. Lazimkan berdoa agar dijauhi bebanan hutang.
(Seperti doa di atas)
No comments:
Post a Comment