Monday, 14 May 2012

Sesi bergambar
 Hiasan Pelamin Mempelai
 Hiasan Meja Pengantin

Hiasan Buah-Buahan
Pandangan depan pelamin

 Tempat sesi bergambar serta buku coretan pengunjung

Hiasan meja 



Anak sulongku Na'im (sempat lagi tu..)

My Family


Assalammualaikum semua, Terlebih dahulu terima kasih diatas kesudian kalian melawati blogger saya. Ia hanya sekadar luahan kenangan keluarga kepada pengunjung. Disini saya akan berkongsi citer serta apa-apa yang patut sahaja. Harap ia sebagai lumrah kehidupan. Bukan nak tunjuk-tunjuk yer...

12/05/2012 Rawang, Selangor: Satu Majlis Perkahwinan sepupu saya telah berlangsung di Taman Desa Mas, Rawang. Sempat juga bergambar buat kenang-kenangan. Nak duduk kat pelamin tak boleh sebab pengantin belum merasmikan nya lagi...hahaha..Memang hiasan ringkas, kretif dan menarik. Hiasan gambar mempelai yang digantung bagi memeriahkan suasana sesi bergambar dan disertakan dengan buku pelawat untuk coretan kata-kata serta ucapan pada pasangan pengantin baru. Begitu juga dengan hiasan laluan bagi mempelai dihiasi  dengan bunga-bunga cantik yang di ikat dilangsir terjurai bagi menampakkan keceriaan dan keindahan. Ia memang menarik. Ia direka oleh keluarga biras makcik aku yang datang dari Kajang Selangor.Mereka memang baik hati serta cepat mesra tak kira walaupun keadaan penat sekalipun mereka tetap melayan kerenah kami sehingga seawal pagi esoknya.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun hujan turun dengan lebatnya walaupun hanya seketika. Ramai sanak-saudara yang dekat serta jauh, jiran tetangga yang turut datang membantu, sahabat handai, rakan sekerja serta jemputan kenalan keluarga. Jam 4:30 petang majlis penutup pun bermula, meja kerusi mula dibuka dan disusun. Amalan seperti ini dilakukan oleh sanak saudara yang terdekat.Setelah selesai kerja-kerja tersebut kami memulakan persiapan untuk membakar satay. Ramai yang tengah menanti-menantikan saat-saat indah menikmati satay yang dibuat oleh makcik saya (Busu Leha) serta teringat kenangan saya berniaga satay satu ketika dahulu.Keharuman bau satay memang menjadi kegilaan semua orang. Tak sabar-sabar menunggu ianya masak.Terutamanya nenek kepada pengantin yang datang dari jauh iaitu dari Kelantan. Sempat dia merasa satay, kebetulan dia hendak bermalam di Klang iaitu dirumah anaknya.Setelah selesai semuanya barulah kami berkemas-kemas untuk pulang kerana badan mula terasa penat kerana seharian suntuk bekerja. Jam 9.00 malam kami sekeluarga pulang. Kenangan beginilah memang seronok buat semua sanak-saudara. Ia dapat mengeratkan silatulrahim serta mengenali diantara satu sama lain.

Sekian,

No comments:

Post a Comment