Friday, 7 September 2012

AQIQAH UNTUK ANAK


Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu
Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa
Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)


Daging Aqiqah
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.


Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah
Radhiallahu ‘anha katanya:


Maksudnya:
"Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."

(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk ber
tafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.


Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :
"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."


(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran


Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. 


Syarat Sah Aqiqah


Syarat sah aqiqah ialah:


  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
  • Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Binatang
         Umur
Biri-biri/
1 tahun atau lebih
Kambing
2 tahun atau lebih
Lembu/kenbau
2 tahun atau lebih
Unta
5 tahun atau lebih

 Sunat-sunat Aqiqah ialah:
  • Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
  • Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
  • Memberi nama yang baik kepada bayi
  • Berdoa ketika hendak menyembelih
  • Daging dimasak manis.
  • Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
  • Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri 

   Hikmah Aqiqah
  • Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • membiasakan berkorban bagi orang tua 

Wednesday, 5 September 2012

Lunch bersama Boss


Semalam aku dan team support keluar makan tengah hari bersama bos kita orang. Sememangnya bos dah bagitahu nak belanja kita org...emmm...cakap jer bila dan masanya...kita orang on jer..huhuhuu

Tepat jam 1 tengah hari bos tanya nak makan mana? Kita orang kata tak kisah bos...lalu bos bawalah kami ke Restoran Arab da...Wow! bestnya...dah terbayang daging kambing..huhuhuu...Jamuan ini sempena tamatnya perkhidmatan bos aku akhir bulan ini. Banyak juga nasihat serta tunjuk ajar diberi oleh bos. Kami berterima kasih pada bos di atas layanan, tunjuk ajar serta melayani ragam kami dalam menjalankan tugas.


Restoran Saba Setiawangsa

 Makanan di Restoran Saba di Setiawangsa memang lagi sedap dan cukup rasa. Servis pun cepat juga. Makanan disini memenuhi selera serta harga berpatutan.


Apalagi order le apa nak makan...aku macam biasalah kesukaanku....Lamb Mandi...muaahhh.! air Barbican Apple...perhh! memang best....kami order Lamb Mandy 1 set (L), Chicken Mandy 1set (L),


Sambil makan kami berbincang mengenai isu-isu mengenai kerja yang perlu dipertingkatkan lagi serta meluahkan masalah yang kami hadapi. Kerja bertambah, projek sana sini, orang support 2-3 kerat jer. Lepas tu main tangkap muat jer. Tak selidik setiap tender projek tu risikonya macam mana?, cukup manpower ker tak?, untung ker tak? main redah ajer..asalkan dapat projek.Orang atasan tahu DSU (dapat, siap & untung). Tak tahu macam mana sensara orang bawahan nie. Dahlah tak cukup orang main tarik-tarik jer. Ingat apa main tarik tali ker...panas nie..




Hampir 2:30 petang kami pun pulang  ke pejabat dengan perut kenyang seharian. Ingat malam karang makan ringan-ringan ajer...tup..tup..isteri aku pulak bawa bungkusan makanan kesukaan aku yang sama apa yang aku makan tengah hari tadi...kebetulan (lebihan jamuan raya di pejabat isteriku) apalagi sebat le...huhuhhhu..

al-kisahnya semalaman aku makan kambing jer ....hahaha..



Monday, 3 September 2012

MUNAJAT KU

"Ya ALLAH, aku manusia lemah, namun ENGKAU tentukan kesusahan dan kepayahan buat aku sedangkan aku lemah dalam menanggungnya. Tidak mengapalah Ya ALLAH, aku berharap dengan keadaanku ini ENGKAU akan belas kasihan padaku dan membantu aku mengatasinya".....
Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan suami /isteri soleh/solehah pada keluargaku.. dan menjadi ayah/ibu yang baik pada anak-anakku.. serta jadikan lah aku saudara, sahabat dan pekerja yang menyenangkan hati "….. amin, amin, ya rabbal alaminn..
“AKU MENCARI CAHAYA MENYULUH SYAHADAH….
JALAN KE SYURGA TIANG MENEGUH AKIDAH….
Bersihkah Jiwaku? Halalkah Rezekiku?
Luruskah Langkahku? Teguhkah Taqwaku?
Diampunkah Dosaku? Diterimakah Ibadatku?
“…YA ALLAH, PELIHARALAH HATIKU AGAR TETAP KEKAL ISTIQOMAH DIJALANMU... SETELAH HIDAYAH YG KUDAMBA DIBERI OLEH-MU”…


Bagi mereka yang duduk berhampiran dengan masjid, tuntutan bersolat dimasjid adalah diutamakan dari bersolat jemaah di rumah. Syiekh Ibn Qayyim rh. telah menyenaraikan beberapa pandangan para sahabat berkenaan keutamaan solat berjemaah dimasjid (Al-Salaah wa Hukm Taarikiha, ms.153) :-

a. Berkata Ibn Mas'ud ra.:-

ولقد رأيتنا وما يتخلف عنها إلا منافق معلوم النفاق .
"Aku telah melihat Kita (semasa hayat Nabi saw) dan tidak ada yang tinggal (tidak bersolat di masjid) melainkan orang munafiq yang diketahui akan kemunafikannya"

b. Berkata Ibn Mas'ud ra. juga :-

من سمع المنادي فلم يجب من غير عذر فلا صلاة له .
"Barangsiapa yang mendengar muazzin dan tidak menyahutnya tanpa sebarang keuzuran, maka tidak ada solat baginya"

c. Abu Musa al-Asha'ari ra. berkata :-

وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال : من سمع المنادي فلم يجب بغير عذر فلا صلاة له .
"Barangsiapa yag mendengar muazzin dan tidak menyahutnya dengan sebarang keuzuran, maka tidak ada solat baginya"

d. 'Ali ra. berkata :-

لا صلاة لجار المسجد إلا في المسجد ، قيل : ومَن جار المسجد ؟ قال : مَن سمع المنادي
"Tidak ada solat seorang yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid itu". Ada yang berkata :"Siapakah yang berjiran dengan masjid?", beliau berkata,"Barangsiapa yang boleh mendengar muazzin".

e. Diriwayatkan bahawa Hasan ibn 'Ali ra. berkata :-

من سمع النداء فلم يأته لم تجاوز صلاته رأسه إلا من عذر
"Barangsiapa yang mendengar azan dan tidak datang, maka solatnya tidak melepasi kepalanya melainkan dia uzur"

f. Diriwayatkan bahawa 'Ali ra. berkata :-

وعن علي رضي الله عنه قال : من سمع النداء من جيران المسجد وهو صحيح من غير عذر فلا صلاة له .
"Barangsiapa yang mendengar azan dari kalangan jiran kepada masjid, dan dia sihat dan tidak uzur, maka tidak ada solat baginya"

Kata2 dari para sahabat diatas menggambarkan bahawa keutamaan bagi mereka yang berjiran dengan masjid, atau dengan kata lain, mereka yang dapat mendengar azan dari masjid (diandaikan tanpa bantuan alat pembesar suara), ialah menunaikan solat secara berjemaah di masjid! Imam Ahmad mengandaikan bahawa suara muazzin akan tidak kedengaran jika lebih dari satu farsakh atau lebih kurang 5km.

Berkata bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-

أما من يستطيع الوصول إلى المسجد فإنه يجب عليه ذلك عملاً بالأدلة الشرعية ، ومنها قوله صلى الله عليه وسلم : ( من سمع النداء فلم يأت فلا صلاة له إلا من عذر ) قيل لابن عباس رضي الله عنهما : ما هو العذر ؟ قال : ( خوف أو مرض ) . رواه ابن ماجه والدار قطني وصححه ابن حبان والحاكم وإسناده صحيح .

"Bagi mereka yang boleh sampai kepada masjid, maka sesungguhnya hendaklah dia melakukannya sebagaimana amalan ini merupakan dalil syariah, dimana Nabi saw bersabda :'Barangsiapa yang mendengar seruan solat (azan) dan tidak datang, maka tidak ada solat baginya melainkan uzur'. Berkata Ibn Abbas ra :'Apakah dia uzur itu?' jawabnya :'Takut atau sakit'. [Hadith riwayat Ibn Maajah dan al-Daaraqutni; dikelaskan sebagai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim; Sanadnya sahih)" - [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat li al-Syiekh Ibn Baaz, 6/23]

Bagi mereka yang jauh tempat tinggalnya dari masjid, hendaklah dia menunaikan solat berjemaah bersama2 dengan isteri dan anak2nya. Wallahu A'lam.
Pengertian Istighfar.

Istighfar itu bermakna; " menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allahh dan memohon ampun dari segala dosa". Dengan memperhatikan pengertian istighfar it, naatalah bagi kita b ahawa hanya semata-mata menyebut dengan lisan kalimah-kalimah:

" Astaghfirullaha, Astaghfirullaha, Astagfirullaha"

Ucapan itu hendaklah disertai oleh hati dan fikiran bulat untuk mendapat keampunan Allah swt. Oleh kerana itu hendaklah berisghifar itu dilakukan bersama-sama oleh lisan yang mengucapkannnya dan oleh jiwa yang benar-benar tunduk dan berharap akan beroleh keampunan. Untuk mendorong kita beristighfar, maka Allah telah menerangkan keutamaan-keutamaan istgighfar itu dalam beberapa ayat al-quran.


1, Firman Allah swt: " Mohonlah olehmu kepada Tuhanmu, keampunan dari segala dosa, kemudian bertaubatlah kepadaNya; Dia akan memberikan kepadamu kenikmatan-kenikmatan yang cukup baik dan meuaskan hingga batas waktu yang telah ditentukan , dan Dia akan memeberikan kemuliaan kepada tiap orang, menurut kedarnya masing-masing".

- (Surah Hud:31)

2. "Dan orang yang apabila terperosok mengerjakan kejahatan akan menganiaya diri mereka sendiri, nescaya mnereka segera mengingati Allah, lalu mereka memohon keampunan kepadaNya dari segala dosa-dosa mereka".

- (Ali Imran : 135)

3. "Dan barangsipa menegerjakan sesuatu kejahatan, atau menganiaya diri sendiri, kemudian ia memohon keampunan kepada Allah terhadap dosanya, nescaya dia medapat Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

- (An Nisa:110)

Kesimpulan:

Allah memberikan kenikmatan bagi orang-orang yang suka memohon keampunan kepada Allah terhadap segala dosanya.

Di antara sifat-sifat orang mukmin yang terpuji, berdasarkan firman-firman Allah ialah segera mengingat Allah jika pada waktu terpesorok ke dalam kancah kejahatan dan tidak membiarkan diri lama-lama terapung-apung dalam kancah itu, tetapi segera memohon keampunan kepadaNya. Maka keinsafan menghendaki kita supaya memohon ampun, apabila kita terlanjur mengerjakan sesuatu dosa dan menghindarkan diri dari dosa-dosa selanjutnya.

Sabda rasulullah saw:

1. " Barang siapa memperbanyak istighfar, nescaya Allah melegakan tiap-tiap kegundahan mereka, melepaskan tiap-tiap kesempitan mereka dan memberikan rezeki secara tidak terduga-duga"

- ( H.R. Abu Daud)

2. "Apabila berdosa seorang hamba, lalu segera mengucapakan 'Allahummaaghfirlie'. (Wahai Tuhanku ampunilah kiranya dosaku) berkatalah Allah.

Hambaku telah berdosa, tapi ia tahu bahawa Tuhannya akan menyiksanya lantaran dosa dan memberi ampuan terhadap dosanya itu. Hambaku berbuatlah engkau apa yang engkau kehendaki dari amalan-amalan yang baik, Aku telah, mengampunkani dosamu".

- (H.R. Al Bukhari Muslim)

Antara faedah istighfar ialah:

1. Memperoleh keutamaan daripada Allah dan anugerahNya.

2. Menghilangkan kesusahan, meluaskan rezeki dan memenuhi hajat.

3. Mensucikan dari dari kesalahan.

4. Mendekatkan diri kepada Allah

5. Membersihkan hati dari lalai dan melicinkan hati dari kelupaan.

6. Menjadi sebab diterima taubat dan memperoleh ' husnul khatimah'.