'Allah berfirman: "Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya." (Al-Baqarah: 268)
Sahabat, la tahzan innallaha ma'ana. Biarkan hari esok datang dengan sendirinya; jangan kau menanyakan khabar masa hadapanmu...Teruskan usaha dan tawakkal kepada Allah. Jangan pernah berhenti. Usah peduli pada kebuntuanmu. Uhibbukifillah.'
"...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
(Surah At-Talaaq, ayat 2-3)
(Surah At-Talaaq, ayat 2-3)
"...(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan."
(Surah At-Talaaq, ayat 7)
(Surah At-Talaaq, ayat 7)
No comments:
Post a Comment