Monday, 3 September 2012

Tak disangka-sangka

Pada hujung minggu lepas bermula cuti Hari Kemerdekaan Negara kita yang ke 55 tahun ia memberi satu keceriaan kami sekeluarga kami walaupun amat memenatkan serta menyeronokan. Pada hari jumaat cuti hari Kemerdekaan sepupuku (Abg Din) buat kenduri tahlil arwah. Ramai sanak saudara serta kenalan jiran-jiran ditaman yang hadir. Kali pertama aku menghadiri Majlis Tahlil ada Taskirah. Ustaz Halim di undang khas dari Sentul untuk memberikanTaskirah serta Tahlil Arwah yang memberi pengajaran serta pedoman kami semua yang hadir. Banyak juadah yang dihidangkan serta buah-buahan tempatan. Hingga lewat petang juga kami baru pulang ke rumah.
Sebelah malam pula kakak iparku serta suaminya datang beraya dirumah. Sempat juga kami keluarkan juadah untuk dijamu. Sambil makan gelak ketawa ,menonton TV dan  bersembang panjang lebar hingga lewat malam. Keesokan harinya hari yang tak disangka-sangka, kunjungan sahabat handai lama serta anak buah datang menziarahi kami sekeluarga.
Kebetulan pada hari yang sama ada jemputan kahwin saudara di Sentul terpaksa dibatalkan. Memang riuh rendah suara budak-budak bermain serta gelak ketawa kami bila bercerita. Kebetulan memang kami sekeluarga ada menghidangkan makanan buatan sendiri iaitu Kuih Keria, Bihun serta menu-menu yang lain. Pertama kali membuat kuih tersebut. Ramai yang puji kuih keria sedap ianya lembut dan terasa keledeknya. Tempoh hari adik aku bawa keledek dari kampung. Aku kata nak buat apa dengan keledek nie. Terlintas dalam fikiran 'apa kata buat kuih keria' lalu tanya  pada isteriku. Isteriku kata 'cubalah buat'. Malam tu memang beria-ia aku ngan kedua-dua anak aku pun sibuk nak tolong buatkan kuih tersebut. Itu rezeki kamu yang datang pada hari ini kataku pada Nazim, Bob (Fahimi), Zul (anak Buah) serta Ustaz Halim. Hampir lewat malam juga kami sekeluarga berkemas. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ia memenatkan. Semoga hubungan silaturrahim berkekalan. Amin....

No comments:

Post a Comment